My photo
admin@yanasuperfriend.com Metrowealth International Group, No 20 Jalan PJS 5/28, PJCC Pusat Dagangan Petaling Jaya Selatan,46150 Selangor Malaysia

Friday, April 6, 2012

Dulu peminat, kini finalis

terima kasih untuk artikel Berita Harian artikel oleh Nor Hatina Shuib
~Haruslah LOVE :) Kredit: ABPBH

FINALIS kategori Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011, Yana Samsudin, sememangnya dikenali sebagai wanita ceria dan menyenangkan hati sesiapa saja. Tidak kira di mana saja bertemu dengannya, pasti senyuman manis dan sapaan mesra terbit daripada wanita berbakat ini.



Berbicara soal pencalonan dalam ABPBH, Yana jujur memberitahu, dia masih terkejut dengan undian yang diterima peminat. Sudah tentu hatinya berbunga apabila dicalonkan dalam anugerah berprestij itu, namun tidak habis-habis dia mengatakan, dirinya masih terlalu baru untuk menerima anugerah terbabit.

“Sebelum ini, ada wartawan senior berseloroh mengatakan saya akan tersenarai sama dalam lima calon teratas, tetapi saya tak berasa begitu. Saya rasa masih tidak cukup hebat untuk dicalonkan.

“Tidak sangka pula gurauan itu menjadi nyata. Semua ini atas usaha peminat yang tak jemu mengundi dan menghargai pembabitan saya dalam dunia seni,” katanya yang menganggap ABPBH mampu merapatkan hubungan antara artis dan peminat, terutama menerusi siri jelajah yang diadakan.

Mengimbau kenangan lalu, Yana berkata, dia pernah terbabit dalam ABPBH dengan menjadi pemegang trofi bagi anugerah khas buat pelakon veteran, kira-kira sedekad lalu.

“Kiranya, saya pernah rasa memegang trofi ABPBH dan ia pengalaman cukup menyeronokkan. Ketika itu, penerima anugerah ialah seniwati Datuk Sarimah Ahmad. Berat juga trofi itu sehingga ada rasa gugup memegangnya,” katanya sambil berseloroh.

Yana berkata, sebagai remaja satu ketika dulu, dia begitu mengagumi ABPBH dan sentiasa menontonnya bersama keluarga. “Setiap tahun, saya pasti menanti kehadiran anugerah ternama ini. Seronok melihat artis kesayangan bergaya dengan pakaian indah dan melintasi permaidani merah. Tambahan pula, keluarga saya amat meminati acara ini. Kesempatan yang ada diambil untuk melihat artis pujaan di kaca televisyen,” katanya yang akan muncul dalam filem Adnan Sempit 3 tidak lama lagi.

Kata artis kelahiran Johor ini, dia melihat ABPBH sebagai acara penuh makna yang perlu diteruskan kerana sokongan hebat yang diterima daripada peminat.

“Inilah satu-satunya acara yang mengambil kira undian peminat dan mempunyai taraf penganjuran yang tinggi. Lagipun, pelbagai kategori dipertandingkan dalam anugerah ini,” katanya.

Bercerita soal karier, Yana memberitahu, rancangannya untuk menjadi pengarah filem terpaksa dilupakan buat sementara kerana terlalu sibuk dengan lakonan.
“Sebenarnya, sejak tahun lalu saya mahu kembali mengarahkan filem komedi romantik di bawah terbitan Metrowealth. Dek halangan masa, semua itu harus dilepaskan seketika.
“Saya tiada ruang untuk berkarya apabila lebih banyak masa dihabiskan sebagai pelakon. Mungkin beberapa bulan lagi, kesibukan berlakon akan berakhir jika tiada tawaran lain,” katanya.

Bercita-cita melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana, Yana mahu melahirkan filem dalam bentuk komersial, seni dan menjurus kepada genre berbeza. Katanya, biarlah filemnya nanti memperlihatkan dirinya sebagai seorang yang berilmu dalam bidang perfileman, serta punya ideologi tersendiri.

“Cita-cita saya pada awalnya ialah menjadi pengarah kreatif dan akhirnya saya berada di kerusi sutradara pula. Apapun ia punyai persamaan kerana masih berada dalam bidang sama.

Sebagai pengarah, saya mahu melahirkan karya yang jujur dan ada nilai estetika,” katanya.

10 comments:

fatin amalina husna said...

all the best sis yana..^^

ell lina said...

gud luck kak yana..stay comel ..ehhehe..pape pon..akak akn menang gak time tu nanti..pecaye la apa sy cakap ni..ehehhe

ariiefsz iepien said...

terharu membaca ayat diatas tu... love you forever......

lelamaisara said...

Tahniah Yana..Bangga jap jadi orang Yong Peng...hihihi....

Kathy Tuah said...

tahniah yana.. semoga sukses selalu ^^

(eh, lupa nak cakap yg sy dah tengok 3 temujanji..best sangat2! yana pun cantik dalam citer tu :)

Yana Samsudin said...

thanks semua... hikhik... Kathy Tuah dah tonton ya 3Temujanji, thanks awak.. :)

kak mah said...

Baru tahu rupanya...ada blog.Bagus.

ain dzaya said...

congratz yana..love u!

"Ain memalukan diri sendiri. Terima kasih.".

adieq said...

Soooo cute...

adieq said...

Luv u... ;-)