haryati.karim@kosmo.com.my
Selepas filem Adnan Sempit 2, pengarah Ismail Bob Hashim kembali lagi dengan sebuah filem komedi berjudul Wawa Semput terbitan Metrowealth Movies Production Sdn Bhd (MMP) milik David Teo.
Wawa Semput mempertaruhkan kesinambungan 3 watak utama daripada Filem Adnan Sempit iaitu Wawa lakonan Yana Samsudin, Bobby (Along Cham Raja lawak), dan Ismat (Angah Raja Lawak).
Yana yang memegang watak sebagai Wawa mengakui teruja terpilih selaku pelakon utama tetapi dalam masa yang sama sedar akan tanggungjawab besar yang dipikul dibahunya.
"Tanggungjawab yang besar kerana filem ini mengisahkan perjalanan hidup Wawa. Karakter Wawa masih sama cuma dia berada di situasi yang berbeza. "Filem ini memang sebuah filem komedi tetapi setelah mempunyai pengalaman berlakon dalam beberapa buah filem dan drama, saya dapati sangat sukar untuk membuat orang ketawa tetapi mudah untuk buat orang menangis.
"Sebab itu, saga aga bimbang dan takut lakonan komedi yang saya bawakan dalam Wawa Semput tidak menjadi", luah Yana.
"Soal siapa yang lebih bagus tidak menjadi persoalan kerana saya hanya mahu lakukan yang terbaik. Kuasa menilai saya serahkan kepada penonton yang menonton Wawa Semput," ujarnya lagi .
Wawa Semput yang menelan kos sebanyak 1.85juta itu mengisahkan kesinambungan cinta Wawa dan Bobby yang dikembangkan dari filem Adnan Sempit.
Wawa kecewa dengan sikap bobby yang kembali merempit mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halamanya. Ismat cuba memenangi hati Wawa dan mengikut Wawa pulang ke kampung.
Segala konflik mula ditambah dengan kemunculan Ayuni yang dilakonkan oleh Adibah Yunus telah jatuh cinta terhadap Ismat. Filem ini dijangka berada dipawagam awal tahun hadapan.
Gambar Credit to Mig Online
8 comments:
ade wawa emput pulak. mesti best ni ;)
kene tengok nie.. memang tak puas tgk watak wawa dalam adnan sempit
wahaahhaha..menarik ni..dah start shoot ye?
sempit....semput = sesak akak dibuatnya..hahaha, shoot kat mana..? meh la wat shoot kat Perak...
ada watak ayuni ler dalam citer wawa semput...sayakah?hehehhe...*sengal*
x sabar nk tengok cite ni rase2 bile cite ni keluar? btw kak yana isnin ni birthday saye x sabar rasenye :)
x sabar la nk tunggu filem wawa semput ni... ^_^
sah tgk movie ni, mmg besh
Post a Comment