Bini biniku Gangster 22 Sept 2011
Sebuah filem aksi komedi oleh :
Shaheizy Sam sebagai HERRY,
Yana Samsudin sebagai KAK YONG @ MANJA,
Intan Ladyana sebagai REANNA.
Penerbit : David Teo
Pengarah : Ismail Bob Hasim
Penulis Skrip : Yana Samsudin & Fadzil Zahari
Sinopsis:
Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.
Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam.
25 comments:
hahaha..preview je dah cam klakar..kena g tengok ni..apa kesudahannya..
salam yana...wah best nyer cite die mcm ni boleh tonton nanti...
kelakar..."
wahhh...best ni...xsabar nak tengok and review...hehehe
http://farhanhanif.blogspot.com/
nampak macam best je cite ni...mesti tonton!!!..:)
tengok trailer macam syok! kena tgk ni!
mcm menarik je ni, kena tgk nnti
harus tengok nie....lain dari yang lain.
Yana!!I mmg dh tgk trailer ni earlier kt blog my fwen..
cant waitt 4 d muvi!
u giler gangster babe! =D
kena g tgk nie sbb msty best kan..:)
pasti akan tgk nanti
mcm best je..hoho
tgok preview pun dah best yana.kena tengok ni....
cam best!! kn tgk ni.. :)
tq semua.. insyaAllah menghiburkan.. fully komedi n aksi.. hahaha dlm citer ni Sam mmg nakal
sy nak tgok nanti=)=)naseb before 3 octobe..kalu x xdan ah/./=)
wahhh manja~
mesti tgk ni :D
we will always support u la sis
http://wanwidget.com
best citer ni, x sabar nak tgk nanti
YANA.., nanti jumpa masa pra tonton ek..hee., mcm la dpt tiket =)
waahh..cambest je..mesti nonton ni
mst best kn..nk tgok la mcm nie...xbso nye...hehehee
macam best jer citer ni.. sinopsis je pon dah boleh gerakn ati org pegi tgk.. weee~
dah tgk dh.. best. suweett n ganas.... Dah minat tgk yana berlakon..
best cite bini-biniku gangster... lakonan akak mmg trbaek... :)
like...
yana: superb.. leleh airmata *diam2.. malu lak rase* bile tengok part2 yana hampir2 titiskan airmata :) sangat terkesan emosi yana :)
Post a Comment