My photo
admin@yanasuperfriend.com Metrowealth International Group, No 20 Jalan PJS 5/28, PJCC Pusat Dagangan Petaling Jaya Selatan,46150 Selangor Malaysia

Thursday, March 7, 2013

Pekin, Fezrul rebut cinta Yana

Kosmo | Hiburan
Oleh Roni Hidayat Ridwan (roni.ridwan@kosmo.com.my)
7 Mac 2013

Cinta Di Hati Pekin, Yana , Fezrul.


                                   
Tiga orang pelakon, Fezrul Khan, Pekin Ibrahim dan Yana Samsudin bersatu di dalam sebuah filem cinta 3 segi. Tampak seperti klise, namun Cerita Kita punya kekuatan tersendiri. 

Filem Cerita Kita mengisahkan Kamal yang bekerja sebagai pencuci kereta mengambil keputusan untuk berubah atas nasihat yang diberikan oleh Ika, seorang gadis yang dicintainya dalam diam.
Kemudian konflik bermula dengan kehadiran Malek, seorang lelaki kaya yang juga rakan kepada Kamal turut mempunyai perasaan pasa Ika sejak kali pertama mereka bertemu.

Situasi tersebut menyebabkan Ika terpaksa membuat pilihan, sama ada memilih Kamal yang dikenalinya selama tiga tahun atau Malik yang dilihat mampu menjamin kehidupan masa depannya.
Kesudahan filem terbitan Metrowealth Pictures (Metrowealth) yang ke-74 itu akan dapat disaksikan apabila ia mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 7 Mac ini.

Yana Samsudin
 Mengulas lebih lanjut mengenai filem tersebut, pelakon Yana Samsudin selaku teraju utama menjelaskan, dia membawakan watak sebagai Ika iaitu seorang gadis biasa yang tinggal di rumah pangsa dan bekerja di kedai buku.

"Pada peringkat permulaan jalan cerita filem ini penonton akan melihat perwatakan Ika, seorang gadis yang periang. Namun, pada pertengahan cerita barulah penonton akan tahu Ika sebenarnya mempunyai keinginan untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa.

"Tidak dinafikan cerita mengenai percintaan tiga segi sudah banyak dipaparkan dalam drama atau filem, tetapi saya percaya penonton akan melihat kelainan dalam filem ini," ujarnya sewaktu menghadiri sesi fotografi bersama Kosmo! baru-baru ini.

Mengenai gandingannya bersama Pekin Ibrahim dan Fezrul Khan pula, pelakon itu menganggap ia sebagai satu gandingan yang mantap kerana kedua-dua mereka merupakan pelakon yang sangat bagus.

Ujarnya, sebelum ini dia sudah kerap berlakon bersama-sama dengan Fezrul, sebaliknya ini kali pertama dia dapat bergandingan dengan Pekin dalam filem.

"Sebenarnya banyak pengalaman yang saya lalui semasa berlakon bersama Pekin. Salah satu yang paling saya ingat ialah babak tampar yang membabitkan kami berdua.

"Pengarah filem ini iaitu Pierre Andre meminta Pekin menampar saya. Apabila saya ditampar secara tiba-tiba saya bertindak balas dengan menamparnya pula, sedangkan saya tidak diarahkan berbuat demikian," cerita Yana mengenai pengalaman lucunya semasa menjalani penggambaran.

Menurutnya, pengalaman dapat berlakon dengan Pekin merupakan suatu kenangan yang cukup istimewa kerana dia mengakui pelakon itu memang hebat dan berpengalaman luas.

"Sewaktu penggambaran berlangsung saya lihat Pekin seorang yang serius dan begitu komited dengan kerja, tetapi dia seorang yang suka berborak dan kami saling berkongsi pengalaman mengenai dunia lakonan," ujarnya



 
Artikel Penuh:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0307&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz2MnJj1aqd . 

 

2 comments:

Unknown said...

Ewww..
Agak-agaknya la, dlm perebutan ni, sapa yang dapat yer.. hahahaha
~ Hootoh Blog

Unknown said...

good luck my dear yana :)

p/s lagu ost cerita kita best