My photo
admin@yanasuperfriend.com Metrowealth International Group, No 20 Jalan PJS 5/28, PJCC Pusat Dagangan Petaling Jaya Selatan,46150 Selangor Malaysia

Saturday, December 29, 2012

Peraduan Minyak Dagu



Filem pembukaan tirai untuk tahun 2013 lakonan Yana Samsudin iaitu Minyak Dagu akan ditayangkan pada 3 Januari 2013. Mengisahkan tentang Azman (lakonan Fezrul Khan) yang berdendam dengan bekas tunangnya Emelda (lakonan Yana Samsudin) , disebabkan terlalu dendam dan mengikut desakan daripada kawannya, Azman telah berjumpa bomoh, Wak Minarjo seorang pawang hebat minyak dagu. Emelda yang memutuskan pertunangan dengan Azman demi mengikut cakap kedua-dua orang tuanya bahawa Johan (lakonan Fizo Omar) adalah seorang calon suami yang baik dan boleh menjamin masa depan Emelda, nak dibandingkan Azman yang hanya seorang jurujual yang sering tak ada untungnya. Liza, ibu kepada Azman begitu kecewa dengan sikap Emelda kerana melukakan hati anaknya. Setelah bertemu dengan Wak Minarjo, Azman betul-betul nekad untuk membeli minyak dagu, dan dia haruslah megikut pantang-larang yang diberitahu Wak Minarjo, Minyak dagu tersebut haruslah dicalitkan pada siku Emelda dan botol minyak dagu tersebut hendaklah di tanam berdekatan dengan pokok pisang. Sekiranya botol tersebut pecah disambar petir, maka segala kuasa sihir hilang. Menunggu hari bahagia Emelda dan Johan dinikahkan. Emelda nekad ingin menjemput bekas tunangnya itu. Azman mula mengambil kesempatan tersebut untuk mencalitkan minyak dagu pada siku Emelda. Di hari pernikahan Emelda dan Johan, Emelda tiba-tiba histeria. Azman puas kerana dendamnya terbalas. Semenjak dari itu, keadaan Emelda berubah. Johan bertindak membawa bomoh untuk mengubati histeria Emelda yang semakin parah. Hal ini menyebabkan Ainon, mak Emelda cenderung menuduh Johanlah yang menjadi punca sakit Emelda. Akhirnya selepas bertengkar, Ainon diserang sakit jantung dan meninggal dunia. Azman merasa bersalah lalu melawat jenazah Ainon. Pantang larang terbesar Azman ialah tidak boleh melawat orang mati. Segala-galanya berubah.


Amacam? Menarik tak kisahnya. Dan bersempena dengan itu, Admin nak ajak YanaSuperFriends join sekali ketika tayangan pra-tonton Minyak Dagu pada 2 Januari 2013.

Tapi takkan nak ajak camtu je kan? Mestilah ada sedikit syarat nya. Ahaks!

Mudah sekali, hanya jawab soalan berikut:

1. Soalan 1: Namakan watak yang di lakonkan oleh Yana Samsudin dalam filem Minyak Dagu.

2. Soalan 2: Apakah tagline bagi filem Minyak Dagu?


Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan korang kepada: yana.superfriends@yahoo.com

dengan tajuk email: Peraduan Minyak Dagu YSF


Tarikh tutup peraduan: 31 Disember 2012 Isnin Jam 1 petang


Kepada yang bertuah, pihak Admin YSF akan hubungi korang melalui emel dan Twitter pada hari yang sama, 31 Disember 2012 jam 8 malam ya ;)

Good Luck semua!!!!!

12 comments:

Hinggahujungnyawa89 said...

Done! hik2....excited tunggu citer ni kluar..

Unknown said...

DONE! heheks ... tak sabar nak tengok sis Yana berlakon dengan ULAT...

fisha_raisha said...

kalaula menang dapat jumpe dgn yana ok jgk..hehehehe..lame dh x jumpe............

Unknown said...

wah...menarik ni..hehehe

ShezzYsf said...

Kt mana Akak Yana..????

Amirah. said...

dah join :) hihik

lily butterfly said...

JOIN YANA ! ;)

Unknown said...

I'm Done :)

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Dah sudah :D

~de iZ~ said...

hurmmm. agak2 terpilih tak? huhuo

Syazwanie Afandi said...

Done :)