My photo
admin@yanasuperfriend.com Metrowealth International Group, No 20 Jalan PJS 5/28, PJCC Pusat Dagangan Petaling Jaya Selatan,46150 Selangor Malaysia

Wednesday, June 20, 2012

8 Jam gigit emosi Yana, Sam

Harian Metro 20 June 2012
Rap | 8 Jam Gigit Emosi Yana , Sam

oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my

GANDINGAN MANTAP...Yana Samsuddin dan Shaheizy Sam. 
 
LAMA berkecimpung di pentas lakonan, Shaheizy Sam jarang dihimpit gosip membabitkan ekspresi cintanya. Selalunya, anak muda bercita-cita tinggi ini lebih terarah menyimpan isi hatinya hanya untuk diri sendiri tanpa berkongsi dengan orang sekeliling terutama peminat.

Namun cukup mengejutkan saat anak bujang aktres Khaty Fauziah ini mendedahkan perasaan cintanya kepada media. Dan individu bertuah yang dimaksudkan oleh Sam ialah Yana Samsudin. Itu situasi yang peribadinya cukup membahagiakan Sam.

 Shaheizy Sam melakukan aksi stunt sendiri

Tanpa segan dan jauh sekali tanpa ragu, dia punya tahap obsesi tinggi melangit terhadap Yana yang dianggap sebagai wanita berhati cekal sehingga tidak mampu setiap saat melupakan sosok itu.

“Obsesi saya terhadap Yana pada wataknya sebagai Julia menerusi filem 8 Jam kerana hidup sebagai budak lorong yang tidak punya dunia lain melainkan seluruh hidupnya diserahkan sepenuh jika buat teman wanita saya itu,” ujar Sam ringkas.

Jika 8 Jam arahan Ahmad Idham disebut-sebut sebagai filem aksi terbaik lakonan Sam yang mendedikasi seluruh kudratnya melalui watak Alang Budiman secara total, anak jati Kuala Lumpur itu menyifatkan 8 Jam juga boleh diangkat sebagai cinta agung yang menongkah arus daripada lambakan genre cinta sedia ada.

Alang yang begitu obses kepada Julia

“60 peratus filem ini memaparkan babak aksi, namun setiap pertarungan yang diharungi Alang lapan jam sebelum ke tali gantung adalah disebabkan cintanya yang mendalam pada Julia.

Beralih fokus kepada Yana yang gembira dengan konsep sesi fotografi yang diadakan baru-baru ini sekitar Balai Berita NSTP, di mana dia tidak perlu bersolek tebal mahupun mengenakan busana mewah, akui gadis berwajah Cina itu dia sedikit cemburu pada Sam.

Menyifatkan lakonannya dibelenggu emosi dan penuh misteri namun, babaknya langsung tidak membabitkan adegan lagak ngeri mahupun aksi sebagaimana Sam.

 Yana Samsudin membawa watak Julia yang penuh emosi dan misteri

“Saya harus memberikan kredit kepada Sam yang bekerja keras menjayakan karakter Alang menerusi filem ini. Saya sebenarnya cemburu dengan peluang yang diperoleh Sam.

“Dia lakukan ‘stunt’ sendiri dan berpeluang menimba pengalaman di bawah pengarah koreografi diimport khas dari Bangkok, Thailand. Tentunya menarik jika saya dapat bekerjasama dengan tenaga kerja dari negara itu yang diiktiraf antara produksi filem aksi terbaik dunia dan ‘fantastik’ bagi saya.

“Mujurlah ada sedikit adegan mencemaskan saya lakonkan. Selebihnya Julia, gadis penuh emosi dan misteri. Sungguhpun beremosi ia perlu dibawa secara mendatar dan ini payah sebenarnya kerana bagaimana saya ingin membuatkan penonton faham soal isi hati dan perasaan saya

“Tambahan pula Julia keliru dengan perasaan cintanya terhadap Alang. Pun begitu, saya sukakan jalan ceritanya yang diketengahkan filem ini. Mengisahkan anak yatim piatu yang dibesarkan di rumah kebajikan dan mereka adalah anak-anak lorong Chow Kit.

“Pengalaman paling menarik, dapat melihat kehidupan sebenar di Chow Kit dan bergelandangan dengan manusia sekitarnya,” katanya.

Menzahirkan perasaan cinta tragis antara Julia dan Alang, nyata tidak mudah apatah lagi 8 Jam adalah filem pertama Yana bergandingan dengan Sam.

Cinta Tragis Alang dan Julia

Agak sukar mencari keserasian pada mulanya, kerana berasa dirinya teramat kerdil ketika itu beraksi di samping nama besar seperti Sam.

“Filem ini dibuat sebelum Bini-Biniku Gangster dan Aku Ada Kau Ada, kira-kira dua tahun lepas. Manakala menerusi filem Adnan Sempit pula saya bergandingan dengan Along dan tak pernah ada babak berdua dengan Sam melainkan beramai-ramai.

“Jadi untuk menjayakan babak romantis saya agak segan pada mulanya tambahan pula peranan Sam sebagai Alang terlalu obses dan ‘over protective’ terhadap Julia.

“Sebagai pelakon yang hebat dan berbakat, terjemahan cinta dan kasih Sam itu dapat dilihat jelas dari mata Alang dan ia mendebarkan perasaan saya. Tetapi terus-terang saya katakan bekerja dengan Sam amat mudah, walaupun pelakon hebat, dia tidak sombong dan tak lokek ilmu bagi merangsang pasangannya untuk memberi mutu lakonan yang setara,” katanya yang sudah selesai penggambaran lima filem Strawberi Cinta, Wawa Semput dan Adnan Sempit 3 arahan Ismail Bob Hashim, KITA (Pierre Andre) dan Minyak Dagu (Azahari Zain).



p/s : Nantikan 8Jam di pawagam 5 Julai ini



9 comments:

Cik Rongoks said...

tak sabar nk tengok :))

lady scooter said...

he3...ingatkan sam tul2 dah jatuh hati kat Yana...movie 8 jam rupenye!

Srikandi Utara said...

Yana dgn Sam sesuai la..=)

Yana Samsudin said...

5 Julai ini ok :)

CIK FAIZATUL said...

xsaba nak tengok

ariefsz iepien said...

kak Yana dan Abg Sam ni comel betul la....

Rafflesia™ said...

nak tengok juga la :) suke dua2 pelakon ni!! :)

Cik Suheela said...

lama sgt tggu citer ni kua..yesss klua jugak ;)

siti rodhiah said...

bestnye....x sabar nak tgk
:"