My photo
admin@yanasuperfriend.com Metrowealth International Group, No 20 Jalan PJS 5/28, PJCC Pusat Dagangan Petaling Jaya Selatan,46150 Selangor Malaysia

Friday, March 2, 2012

11 hari 6 juta .. Adnan Sempit 2

SERASI DI LOKASI


Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my

CERITA mat rempit atau samseng jalanan ternyata masih mendapat tempat di hati penggemar filem tempatan. Ia terbukti dengan kutipan awal filem Adnan Sempit 2 yang sudah mencecah sebanyak RM4.5 juta, sejak seminggu (23 Februari lalu) menjengah pawagam seluruh tanah air.Penerbit filem ini, David Teo turut mensasarkan kutipan bakal meningkat lebih 6 juta sehingga Ahad ini.

Selain pengarahnya, orang paling gembira dan berasa lega dengan berita baik ini sudah pasti empat watak utama Adnan Sempit 2 iaitu Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Yana Samsudin dan Along Cham. Mereka melihat kejayaan filem itu menyuntik semangat untuk menghasilkan lakonan yang lebih baik selepas ini.


Manakala Yana pula membawa watak Wawa yang memiliki keyakinan diri yang lebih tinggi dalam sekuel ini.

“Wawa sudah menjadi usahawan MLM yang berjaya dengan menjual jamu. Wawa juga peramah dan agak matang kali ini. Bezanya dulu, Wawa belum kenali dunia mat motor. Dalam sekuel ini, Wawa juga berdepan dengan masalah percintaannya dengan Bobby.

“Sebenarnya, cerita ini ada mesej yang kuat tapi komedinya sudah tenggelamkannya kerana ia terlalu kelakar. Apapun, cerita ini sudah capai piawaiannya kerana ia mendapat sambutan memberangsangkan daripada penonton,” katanya.

Mengenai gandingannya dengan Along, akui Yana, dia juga senang untuk dapat keserasian dengan lelaki itu kerana mereka sudah banyak kali bekerjasama dalam filem sebelum ini.

“Along juga suka bergurau di lokasi dan memudahkan kami bekerjasama. Pada masa sama, ramai yang suka dan beri maklum balas positif dengan gandingan saya dengan Along, selepas pratonton filem ini.

“Saya bersyukur pada Tuhan kerana ramai peminat yang suka dengan karakter Wawa dalam sekuel ini. Tapi, ada juga kelemahan yang perlu diperbaiki lagi dan bukan semuanya bagus,” katanya.

13 comments:

Dyla Zaman said...

kak yana chomel.. heheh..

Pen MErah said...

wahh! tahniah yana.. huhu

laskar pelangi said...

anyway,tahniahhhhh tau yana comel:)
wink2 :)
semoga terus maju jaya =)

TrigYy said...

waaaa, tahniah kak yana since filem adnan sempit best dan berjaya.. hehe

Yana Mohamad said...

waahhhhh ~
tak sempat ag nak g tengok..huhu
bz sangat..
kawan-kawan cakap bestttt sgt2...

nuRuL aZieRa said...

saya target boleh jadi 12 juta!!! yeay! 6 juta more =) congrats yana =)

nor ain said...

yeay...alhamdulillah :) mesti boleh jd double next week...terbaik lakonan mu kak :)

zul mango said...

terbaeekk r sam,alon,intan,n yana,,

nur amalina athman said...

alhamdulillah.tahniah..:)

Afraa Ain Ahdia said...

wow.. larisnye.. syukur lahh

monalea said...

yana, adnan sempit 2 ni memang best dr yang pertama. lea gelak dari mula cerita sampai habis...lucu bebenor

C i k P i p i T e m b a m said...

tahniah kak yana. good job ! :D

fazilamz @ iLa said...

tak sempat lagi nak g tonton....
asyik bz jer....
tapi nak kene pegi jugak nampak gayanya ni