My photo
admin@yanasuperfriend.com Metrowealth International Group, No 20 Jalan PJS 5/28, PJCC Pusat Dagangan Petaling Jaya Selatan,46150 Selangor Malaysia

Saturday, February 4, 2012

Belasungkawa.. (2 April 1975 - 4 Februari 2012)

Al-Fatihah kepada Makcik aku yg baru menghembuskan nafasnya yg terakhir pada 4 Februari 2012 , kira-kira pk 6.00 pagi tadi. Arwah sgt periang dan paling banyak bercakap dgn keluarga kami, nama penuhnya Mariam Binti Hj Musa. kami panggil Cik Yam sbb dia berpangkat makcik dengan aku.Masih terngiang kali terakhir bergurau senda dengan arwah raya tahun lepas, arwah datang beraya kat rumah baru aku dengan seloroh dia terus ke dapur kononnya nak tgk kabinet dapur aku. sesampai di dapur arwah ternampak lebihan Sup Ketam di dalam mangkuk kaca yg kalis panas. Arwah terus bercakap "eh eh? mana dapat ketam ni? satu Yong Peng kita cari semua tempat dah habis."  Aku dengar mcm tu je terus ambilkan pinggan, isi nasi dan panaskan Sup Ketam tadi untuk bg kat Cik Yam.  

Along terus balas "hahaha.. kitaorg yg borong kat Econsave tadi, kebetulan kawan Yana datang dr KL dan suspek denggi jadi Yana beli sikit nak buatkan sup ketam, pastu Along datang balik kat pasaraya tu untuk borong semua baki ketam untuk masak sambal pula". Arwah balas "kecik dunia ni, kalau dah rezeki aku jumpa ketam kat rumah saudara".  Kami sahut ketawa.. meriah malam tu..

Tapi hari ini, aku sgt sedih, arwah meninggal dlm keadaan yg menimbulkan tanda tanya, Doktor kata injap jantungnya gagal berfungsi dan hatinya rosak sehingga menyebabkan air sudah masuk ke paru paru. tetapi aku dapat sumber cerita yg berbeza. Arwah sudah menanggung sakit beberapa bulan yg lepas. kakinya bengkak dan perutnya juga seperti membusung.  

Setelah berubat dgn alternatif lain kesihatannya agak positif kakinya sudah tidak bengkak lagi dan boleh berjalan. arwah ada pergi ke pejabatnya kelmarin untuk mengambil gaji yg terakhir dan bertujuan untuk menghantar surat perletakan jawatan tempat arwah bekerja. tapi apa yg arwah dapat adalah sapaan oleh individu di officenya berbunyi begini "Eh Yam, kaki kau dah kecut balik, bila nak mati?". Arwah seakan terkedu dgn sapaan itu dan terus mengadu kepada kakak dan ibunya. ibunya adalah nenek saudara ku, terus menegur arwah kenapa dtg ke office tu lagi, tapi arwah menjawab yg gaji terakhir itu adalah untuk perbelanjaan harian anaknya, duit sewa kereta dan termasuk duit untuk diberikan kepada ibunya. Yg pastinya ahli keluarga sudah tahu bahawa individu itu terlibat dgn penderitaan yg arwah lalui. betul ataupun tidak Hanya Allah SWT Taala yg Maha Mengetahui.

Apa relatenya kisah Makcik aku dgn Santau Merasuk? korang boleh tgk sendiri episod 8 semalam.. korang tahu la jawapannya.. tak tahu kenapa aku sedih sgt, walaupun ceritanya tak berapa sama tapi aku seakan dapat merasa penderitaan Watak Arifah dalam Santau Merasuk itu dgn Arwah Makcik aku.

Pengajaran dalam cerita ini adalah, janganlah sekali-kali kita menSYIRIKkan Allah SWT dengan menggunakan sihir bagi menghapuskan orang yang kita cemburu akan kelebihan yang diterimanya, atau menghendaki sesuatu cara paksaan dengan sihir. Perlulah kita sedar bahawa segala yg diterima beliau adalah atas usahanya dan keizinan dari Allah. Jadi berusahalah sendiri dan pohonlah doa agar kita menerima apa yang kita hajati. InsyaAllah. #SantauMerasuk TV3 (Khamis 9.30pm)

Takziah kepada keluarga Atuk Hj Musa, suami arwah Haizal Azri & seterusnya Al-Fatihah kepada arwah (Mariam bt Hj Musa)

*Mohon maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung dengan penulisan ini, kebenarannya hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui. Wassalam.

6 comments:

Hudalatip said...

takziah dan alfatihah untuk makcik yana..

Cik Nurul said...

Al fatihah.. Ya ALLAH ad jugak orang macam ni.. busuk hati betul, moga ALLAH saje yang membalasnya..

miranadia said...

kak yana....salam takziah. kita doa yang baik-baik aje.

mati itu pasti.

Unknown said...

al Fatihah...semoga roh dicucuri rahmat dan ALLAH memberikan hidayah kepada orang yang busuk hati..sesungguhnya ALLAH maha adil..:)

Marsha~ said...

Alfatihah kpd cik yam... Akak dan abg zaki pun terkejut.. Mak roha pun sgt tetkejut sbb pd mulanya dpt sms bgtau, suami cik yam yg meninggal... Alfatihah.. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan org beriman... Arwah kakak akak dulu pun terkena santau tepat.. 3 hari je icu terus meninggal... :(

Hinggahujungnyawa89 said...

assalamualaikum kak yana...sy nak ucapkan takziah utk makcik kak yana..moga Allah S.w.t membalas semula pada mereka yg telah melakukan perkara syirik itu.. sesungguhnya Allah S.w.t itu lebih berkuasa dr yg lain..
Akak jgn sedih2 ye..nnt arwah pon sedih tgk akak sedih..=)