My photo
admin@yanasuperfriend.com Metrowealth International Group, No 20 Jalan PJS 5/28, PJCC Pusat Dagangan Petaling Jaya Selatan,46150 Selangor Malaysia

Wednesday, February 2, 2011

Hye semua, Yana nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh kaum Cina!! Nyien Nyien You Yi, Gong Xi fa Chai!!!!! (Mr David kata maksudnya semoga rezeki melimpah limpah sampai terkeluar dari acuan)



Kepada yg bercuti sempena Tahun Baru Cina.. Selamat Bercuti. Memandu balik Kg hati hati ya... jgn lupa ziarah menziarahi rakan rakan cina kita... hahaha angpow mali... :) Tak lupa juga kepada yg bekerja, selamat bekerja.

Haruslah Love :D




Harap Tahun Arnab bawa tuah

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar HAFIZ JOHARI




LIMA pelakon wanita (dari kiri) Intan Ladyana, Mon Ryanti, Yana, Diana Amir dan Faith Zakie juga tidak mahu ketinggalan menyambut Tahun Baru Cina.


SUDAH menjadi kelaziman setiap kali menyambut Tahun Baru Cina, penerbit prolifik ini akan menghabiskan masa cuti di kampung kelahirannya di Pekan Jabi, Segamat, Johor.

Kata David Teo, sejak dia merantau ke Kuala Lumpur 26 tahun lalu, belum pernah sekali pun dia terlepas menyambut perayaan itu bersama keluarga meskipun sibuk dengan tugasnya sebagai seorang penerbit filem dan drama.

Baginya, Tahun Baru Cina merupakan saat yang ditunggu-tunggu setiap tahun kerana itulah masa terbaik baginya untuk dihabiskan masa bersama bapa, adik-beradik dan ahli keluarga yang lain.

Namun, jelas David, masanya bercuti bergantung kepada tilikan yang dibuat terlebih dahulu oleh bapanya menerusi sebuah buku lama berusia lebih 1,000 tahun yang merupakan milik keluarganya sejak turun-temurun.

“Selepas menilik dan membacanya, barulah bapa akan memberitahu masa yang sesuai untuk saya kembali bekerja dan memulakan operasi syarikat. Semuanya bergantung kepada tahun itu sendiri dan ia amat berbeza setiap tahun.

“Sebagai contoh, ada satu tahun itu, saya hanya mula bekerja pada hari ke-10 selepas menyambut Tahun Baru Cina. Untuk Tahun Arnab ini pula, saya akan mula bekerja pada hari keenam. Keseluruhannya, tahun ini saya akan bercuti selama enam hari bermula 2 Februari lalu.

“Dalam erti kata lain, semuanya adalah kerana feng sui bagi memastikan tahun ini akan mendapat keberkatan dan tuah,” katanya bersungguh-sungguh ketika ditemui dalam satu sesi fotografi di kediaman mewahnya di Bukit Rimau, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Turut tidak ketinggalan dalam sesi fotografi itu ialah lima pelakon wanita yang bernaung di bawah Metrowealth International Group (MIG) iaitu Intan Ladyana, Diana Amir, Faith Zakie, Mon Ryanti dan Norliana Shamsudin atau lebih dikenali sebagai Yana.






Seperti mana tradisi keluarga lain setiap kali menyambut kedatangan Tahun Baru Cina, begitu juga dengan David yang mempunyai rutin tersendiri dalam menyambut perayaan itu.

Cerita David, sehari sebelum Tahun Baru Cina, dia bersama adik-beradiknya seramai lapan orang akan berkumpul di rumah bapa mereka untuk upacara sembahyang sebelum makan besar yang merupakan agenda utama perayaan itu.

“Kemudian, selepas semuanya sudah selesai, barulah, upacara pemberian angpau akan mengambil tempat. Memang sudah menjadi satu tradisi bahawa angpau tidak boleh diberikan jika upacara sembahyang belum dilakukan.

“Ketika inilah, kemeriahan itu cukup terasa dengan riuh-rendah adik-beradik dan sanak-saudara yang lain. Itulah yang membuatkan perayaan ini cukup bermakna buat saya di samping dapat bersama dengan bapa saya,” ujar bapa kepada empat orang cahaya mata iaitu Ruby, 18; Jason, 17; Jackhu, 10, dan Jehan, 5, itu penuh semangat.

Cerita David lagi, hari pertama Tahun Baru Cina memang dihabiskan hanya untuk keluarga sebelum pintu rumah bapanya dibuka kepada tetamu yang datang berkunjung pada hari kedua.

Ketika itulah, kata David, seluruh ahli keluarga tidak akan menang tangan melayan tetamu yang hadir terutama rakan-rakan baik bapanya.

“Kawan-kawan bapa saya datang bukan keseorangan sebaliknya mereka hadir bersama keluarga masing-masing. Mereka bukan hanya datang untuk berjumpa dengan bapa saya tetapi mahu bertemu dengan saya juga (ketawa).

“Peluang itu diambil oleh mereka untuk bergambar dengan saya dan memang kemeriahan itu benar-benar terasa. Tetamu yang hadir pula semuanya berbilang kaum dan kerana itu, sambutan Tahun Baru Cina untuk keluarga kami memang meriah,” ujar David yang merupakan anak ketujuh daripada lapan adik beradik.

Walau bagaimanapun kata David, amalan kunjung mengunjung yang pernah menjadi tradisi keluarganya satu ketika dulu kini hanya tinggal kenangan sahaja selepas ibunya meninggal dunia.

“Lagipun, kebanyakan saudara di sebelah ibu saya juga ramai yang sudah tiada. Jadi, kami sudah tidak mengamalkan budaya itu. Sewaktu ibu masih ada, ia merupakan acara wajib untuk kami sekeluarga,” katanya menyingkap kenangan lalu.

Bukan itu sahaja, sejak memulakan operasi MIG 10 tahun lalu, tidak pernah sekali pun David mengarahkan semua proses penggambaran dihentikan sementara hanya kerana dia menyambut Tahun Baru Cina.

Bagi David, ia merupakan perniagaan dan siapa tahu ia akan membawa tuah kepada setiap projek filem atau drama itu.

“Sebagai contoh, filem Remp-It dan Adnan Sempit semuanya menjalani penggambaran ketika musim Tahun Baru Cina dan hasilnya, ia memberikan pulangan yang cukup baik untuk syarikat saya.

“Untuk Tahun Arnab ini, sudah pasti saya mengharapkan tuah dan kegemilangan yang berterusan untuk syarikat saya. Jika mengikut feng sui, Tahun Arnab juga dikatakan tahun yang akan memberikan kecemerlangan untuk semua orang.

“Jika tahun lalu yang merupakan Tahun Harimau telah memberikan keuntungan kepada saya sehingga MIG menyumbang RM42 juta daripada jumlah kutipan tiket keseluruhan menerusi 11 filem yang ditayangkan, sudah pasti saya mahu ia berganda untuk tahun ini.

“Setakat ini MIG sudah menyiapkan 10 buah filem. Kami mensasarkan 19 judul akan ditayangkan tahun ini,” ujar David yang mula mengorak langkah sebagai penerbit filem menerusi filem Syukur 21 arahan Eddie Pak pada tahun 2000.

Dua filem terbaru MIG yang sedang menjalani penggambaran ketika ini adalah Pertiga dan Bini-Biniku Gangster serta sebuah drama bersiri, Zoo.

Dalam kerancakan berbual dengan penerbit filem yang dianggap paling berjaya dalam industri perfileman tempatan itu, sesekali dia mengusik isteri tercinta, Jane, yang turut pasang badan untuk sesi fotografi pada tengah hari itu.

“Tengoklah baju isteri saya. Semuanya baru dan belum pernah saya tengok dia pakai baju ini. Gara-gara untuk fotografi, dia sanggup beli baju baru (ketawa).

“Saya dan Jane juga tiada masalah setiap kali menyambut Tahun Baru Cina kerana kami sama-sama anak jati Johor,” kata David sambil mengusik Jane sehingga isterinya itu melirik senyum manja kepadanya.

Begitu juga dengan anak-anaknya, semuanya sedondon mengenakan pakaian baru berwarna merah yang merupakan warna membawa tuah kepada kaum Cina.

Walaupun sudah bergelar seorang jutawan dan hidup serba mewah, David tidak mahu mendabik dada mahupun bermegah dengan apa yang dimilikinya hari ini.

Bagi David, setiap rezeki yang diperolehinya bukan untuk dirinya seorang tetapi ia adalah untuk dikongsi bersama-sama dengan mereka yang bertungkus lumus menjadikan setiap filemnya sukses.

“Memang dari dulu lagi sejak saya melibatkan diri dalam bidang perniagaan jualan langsung, saya akan berkongsi rezeki dengan stokis serta agen saya. Setiap kali Tahun Baru Cina, saya pasti akan memberikan sesuatu untuk mereka.

“Begitu juga dengan mereka yang terlibat dalam MIG. Jauh di sudut hati saya, kalau diizinkan Tuhan, saya mahu melihat setiap seorang daripada mereka dapat menjadi jutawan,” ucapnya tanpa selindung.

11 comments:

mia.lia said...

nak angpowwww..hehe

♥NuR SyAFiQah♥ said...

wah..cute nye yana :)

hepy chinese new year gak okey (",)

JAI said...

Salam..adeyy..terkojut eden rupanya artis sensasi follow blog kita..hehe..Thanks Yana for following my blog..apa gossip terbaru..wakaka

EmanCloud said...

heheh gong xi fa cai. eh masuk blog akmal je ke! jelez ni yana! http://bilatergigithalia.com/2011/02/02/top-5-aimman-5-sebab-blog-anda-dipangkah/

Ieyka Steady.... said...

yeahh ! haruslah yana..yana..asal yana cntek sngat..jeles aaa..hahaha

Dya said...

Heppy CNY!!!.. Nk angpow gak... XD

Yuna said...

Selamat bercuti dan Selamat bekerja kak Yana.. Bawa kereta tu bhatix2 yee. Selamat pergi, selamat pulang..

♥e'in♥ said...

k.yana... nk angpau! ehehe.. ;p

ika puk puk said...

ika suka tgk k.yana berlakon..
best!!!!

MYA said...

yanaaa!!!hehehe...tengs cOz fOllow blOg mya eyh...niwey...u'r sO pretty..

Nizam said...

kena kasi angpow la sis yana ... :)
nizam baru je balik dari kg... best2... :)