My photo
admin@yanasuperfriend.com Metrowealth International Group, No 20 Jalan PJS 5/28, PJCC Pusat Dagangan Petaling Jaya Selatan,46150 Selangor Malaysia

Saturday, December 18, 2010

MStar Online Khamis Disember 2, 2010



PETALING JAYA: Pelakon Yana Samsudin menegaskan dia berasa malu apabila terpaksa berpakaian seksi dan berkemban semata-mata untuk menjayakan filem Aku Masih Dara arahan Ahmad Idham.




Kata Yana, keputusan itu dibuat selepas memikirkan wataknya sebagai gadis yang bermasalah dalam filem tersebut mempunyai mesej yang kuat dan bukannya untuk mencari publisiti murah atau mahu mengumpan penonton ke pawagam semata-mata.

Sebaliknya, keputusan pelakon berusia 26 tahun itu menerima watak 'hitam' dan antagonis bernama Aleeysa itu didorong atas keinginan untuk mencabar kemampuan bakat lakonannya.

"Penampilan saya dalam filem terbaru Aku Masih Dara memerlukan saya tampil sebagai gadis tidak bermoral dan seksi.

"Ia bukan bertujuan untuk meraih publisiti atau memancing penonton menerusi gadis seksi yang ditampilkan semata-mata. Ia adalah watak yang mencabar, menarik dan paling 'hitam' pernah saya jayakan," katanya yang mengakui puas dengan watak itu.

Mengulas lanjut, Yana mengakui tidak menyukai watak itu pada awalnya. Namun, setelah berfikir sedalam-dalamnya mengenai watak dan mesej yang ingin disampaikan kepada penonton, dia akhirnya akur menyahut cabaran tersebut.

Bagaimanapun, pemenang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke 23 (FFM23) ini berharap agar penampilannya yang seksi dan nakal dalam filem itu tidak akan disalahertikan oleh penonton, sebaliknya mengambil iktibar dan mesej yang cuba disampaikan.

"Sejujurnya, saya langsung tidak menyukai watak itu pada awalnya kerana ia menuntut saya untuk tampil jahat, liar dan seksi.

"Jika difikirkan untuk jangka masa pendek, saya berasa malu kerana terpaksa mendedahkan tubuh badan termasuk berpakaian seksi dan berkemban.

"Namun, setelah berfikir semasak-masaknya saya sahut cabaran itu kerana sebagai pelakon ia adalah kerugian yang besar jika tidak menjayakan watak yang dinamik sebegitu.

"Naskhah ini bukanlah manipulasi kosong oleh penerbit atau pengarah yang menampilkan gadis-gadis seksi dan liar semata-mata untuk memikat penonton tetapi ia adalah kritikan sosial yang harus direnungkan oleh masyarakat," katanya.

Filem yang berkisar kepada masalah sosial yang membelenggu remaja hari ini itu berfokus kepada kisah tiga sahabat iaitu Sofea (lakonan Raja Farah), Aleesya (Yana Samsudin) dan Hani (Diana Amir).

Filem yang turut dibintangi aktor Farid Kamil dan Ashraf Muslim ini mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 16 Disember 2010.

Kredit kepada:
http://mstar.com.my
Oleh WAHIDUZZAMAN

17 comments:

Farah said...

Salam yana, saya dah tengok cerita tu, best sangat.. ada pengajaran dan dakwah..

Jehan said...

akak... bila nak buat Lu'Lu the movie....?

Addin Shah said...

Kak yana. Cerita tu best sangat. Comel sungguh Kak Yana dengan Ayraf Muslim. Follow my blog back ! much love. Love you

Aishot said...

watak kak yana menjadi dalam cerita tu..suke suke..
kak daftar la blog ni under nuffnang.kalau tak paham boleh tanye saya..berbaloi baloi tau

Fariq Jalil said...

tak sempat nak tengok lagi,,
takde geng nak kuar, huhu..
kuar ngan yana je la senang kan, heheh..


Halaman Link Exchange Di Naik Taraf

Anonymous said...

kak yana mmg best lolx,,
cerita aku masih dara best sgt2 bile akak berlakon,,
and akak tak payah nk kesah kn sgt, bila orang ckp yang bukan2,,yang penting akak hanye melakon kn cerita tu je,, tu kn dah tugas kak yana kan2,, and miera akan support akak k!
GOod luck k,,
buat yang terbaik untuk peminat akak yana ye!huhuhu

Beyta said...

bese r mulut org.. ade saje yg xkena.. just yakin dengan ape yg awk buat.. u know who u are.. jgn biarkn ckp2 org laen menjatuhkn awk..

Anonymous said...

ye btul2. bia la org nk kate apa pon. ble penat berenti la dorng...chaiyok2 yana ! love yana !

ozzy said...

salam..

Saya belum tengok lagi filem ni.. ramai yg kata kurang menarik
Mungkin pandangan & selera setiap penonton juga berbeza

jom baca " HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH "

Syafie Abdullah said...

yana...yana kenapa sanggup berkemban dlm lakonan xde cara lain ke nak cabar kemampuan diri.

Daus said...

tajuk je panas, tapi ade maksud mendalam pasal agama :)

Suarapeople Dot Com said...

salam! wah best je cite nih

Anonymous said...

sape yg bwt skrip crite ni ek?
mcm bukak pekung orang mesia. hoho.
tp saye x macam tu ye.. hehe ^_^

saye xtgk lagi so xbole ckp lebeh2.
but i always like lakonan yana. superrbb! ^_^

mabeles. love u yana! ^_^

Anonymous said...

Niat tak menghalalkan cara.

Muhd Aizad said...

lakonan antargonis yg berjaya

Tieah Madian said...

Dah tengok citer ni..
Not bad gak lah..


Entry Terbaru 1 : Calon Pilihanraya UM, Mastura Abu Bakar Hilang dan Telah Dijumpai
Entry Terbaru 2 : "Saya Mahu Karya Seni Dari Blog Fynn Jamal"
Entry Terbaru 3 : "Saya Mahu Ilmu Agama Dari Blog Ustaz Zaharuddin"

norazziah said...
This comment has been removed by the author.