My photo
admin@yanasuperfriend.com Metrowealth International Group, No 20 Jalan PJS 5/28, PJCC Pusat Dagangan Petaling Jaya Selatan,46150 Selangor Malaysia

Tuesday, October 12, 2010

Bukan gadis kelakar


Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my
2010/10/11

Yana juga boleh lakonkan watak berat dan serius

JELAS Yana, hakikatnya dia bukanlah seorang yang kelakar. Namun, populariti yang mula dikecapi gadis berusia 26 tahun ini banyak diperoleh apabila dia menjayakan watak sedemikian, sama ada menerusi filem mahupun siri televisyen.

Filem Adnan Sempit arahan Ahamd Idham atau drama bersiri Tiga Janda dan Lu’Lu antara judul yang memaparkan dirinya berperwatakan lucu. Semua watak itu sudah tentu berbeza dengan wataknya yang penuh misteri dan serius dalam filem Histeria arahan James Lee.
Sebagai pelakon, dia cuma melunaskan tanggungjawab diletakkan pada bahunya. Tidak kiralah watak serius mahupun ringan, dia berusaha sedaya upaya menjayakan setiap peranan diserahkan dengan sebaiknya.

"Begitupun, jelas sekali watak seperti itu membuatkan penonton semakin menyayangi kita," katanya yang kini sekali lagi memegang peranan gadis kelakar dalam siri Siti Kelembai, yang menghiasi slot Lagenda di TV3.

Menurut pemegang Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Seni Layar) daripada UiTM Shah Alam ini, selagi ada permintaan untuknya menjayakan watak begitu, dia akan melaksanakannya dengan rela hati. Apatah lagi baginya, serius mahupun komedi, semuanya memberikan cabaran tersendiri.

"Apabila sudah kerap diberikan watak comel dan lucu, kadang-kadang ilham untuk membuatkannya lebih kelakar datang dengan sendiri. Waktu itulah saya akan menokok tambah dialog, mahupun lakonan, supaya ia kelihatan lebih mencuit hati.
"Begitupun, tidak bermakna pengalaman saya beraksi dalam siri dan filem kelakar sudah membolehkan saya bergelar pengarah komedi. Pertama, Seperti yang saya katakan tadi, saya bukannya orang yang kelakar. Jadi, apabila jiwa kita tidak sama dengan filem yang dihasilkan, saya bimbang ia tidak memberikan produk yang diharapkan," katanya.

Kata Yana, sesetengah pengarah seperti Bob Hashim mampu membuatkan dirinya berasa selesa apabila beraksi komedi, seterusnya berupaya mengeluarkan segala elemen lucu yang ada dalam jiwa. Ia sesuatu yang belum tentu mampu dilakukan olehnya, sekiranya dia berada pada tempat pengarah yang kian mencipta nama berkenaan.

"Nyata sekali, persembahan komedi bersifat kekeluargaan. Maknanya, jika hanya pelakon yang boleh buat kelakar, sedangkan orang lain tidak sedemikian, ia belum tentu berjaya.

“Begitulah juga sebaliknya. Untuk menghasilkan sebuah karya lucu yang menjadi, kita perlu bekerja secara berkumpulan," tegas Yana.

Kembali mengarah tahun depan

SAAT dirinya semakin dicari produser filem mahupun drama, Yana sebenarnya tidak lupa pada kerjaya pengarahan. Dua tahun lalu, dia pernah menduduki kerusi pengarah, menghasilkan filem Selamat Pagi Cinta.

Biarpun tidak mencatat kejayaan besar, namun setidak-tidaknya dia sudah diberikan pendedahan dan pengalaman mengenai tugas serta tanggungjawab sebagai pengarah. Ini juga sekurang-kurangnya meletakkan dia sebagai pengarah pelapis.

Produser David Teo sendiri khabarnya ingin terus memberikan ruang buat sutradara muda ini mengasah bakat arahannya dalam projek akan datang.
Begitupun, Yana tidak mahu tergesa-gesa. Dia masih meneliti beberapa skrip yang mempunyai potensi untuk diangkat ke layar lebar.

"Ketika ini, saya berasakan tidak adil untuk saya berkongsi cerita mengenai projek seterusnya. Ia masih pada peringkat permulaan. Namun jika diizinkan Tuhan, saya akan cuba kembali mengarahkan filem pada tahun depan," ujarnya.

Lebih-lebih lagi, ruang untuknya kembali menduduki kerusi sutradara agak terbatas sejak akhir-akhir ini. Dengan karier lakonan yang kian berkembang, Yana berasakan jadual kerjanya semakin padat.

"Saya bersyukur kerana sejak kembali menjadi pelakon sepenuh masa pada awal 2009, kehadiran dalam bidang lakonan diterima ramai. Peminat dan mereka yang berada di sekeliling cukup memberikan sokongan.

"Saya berlakon pun kerana kurang menonjol sebagai penyanyi. Sedangkan, minat saya dalam seni memang membuak-buak. Lalu, apabila karier lakonan lebih menyerlah, saya teruskan saja. Ketika yang sama, saya sebenarnya tidak lupa pada nyanyian, walaupun keutamaan kini tentunya pada lakonan dan arahan. Saya baru saja merakamkan lagu Demi Aku bersama kumpulan underground, Ivy Band," katanya yang muncul dengan album Ceria pada 2004.

Kini menggunakan nama Yana Samsudin, pelakon, pengarah dan penyanyi ini turut mendedahkan, jika diikutkan hatinya, dia ingin sekali mengarahkan filem berkonsepkan cinta thriller, kanak-kanak dan haiwan, kerana itulah genre yang menjadi kesukaannya.

Berkuasa tukar orang jadi batu

DALAM Siti Kelembai, Yana memegang watak Siti Ratna, cucu Dewa Kelembai. Walaupun mempunyai darah Kelembai, namun Siti Ratna tidak mengetahui dirinya mempunyai kuasa kerana sejak kecil, dia dipisahkan daripada ibunya (Jasmin Hamid) yang disumpah menjadi hodoh serta disembunyikan.

"Apabila Siti Ratna mencapai usia 18 tahun, barulah kuasa itu mula dirasanya. Bila marah, dia boleh sumpah orang jadi batu dan dapat penyakit,” katanya bercerita secara ringkas mengenai siri yang dipadankan daripada cerita lisan orang tua.

Yana sendiri seronok dapat melakonkan watak yang dianggapnya cukup istimewa itu. Bukan sekadar watak yang cukup baru lagi berbeza, malah cerita terbabit sendiri mendedahkan dirinya kepada mitos Melayu yang berkemungkinan dilupakan kalau tidak diketengahkan kepada khalayak.

Lebih menyeronokkan apabila dia mendapati, watak terbabit mempunyai perubahan serta perkembangannya tersendiri sepanjang penceritaan. Daripada gadis yang naif, lurus dan tidak bersosial, dia akhirnya sedar kewujudan kuasa dalam diri. Perubahan yang berlaku pada watak itu memberikannya peluang untuk mempelbagaikan lakonan.

"Penggambaran drama 20 episod ini hanya selesai hari ini (11 Oktober). Ia agak memenatkan, tetapi tentunya berbaloi," katanya ketika berkunjung ke Balai Berita, baru-baru ini.

Memang menjadi impian pelakon filem Aku Masih Dara (tayangan 16 Disember ini) dan Kongsi ini untuk beraksi dalam filem mahupun drama sebegini. Justeru, apabila TV3 memberikan peluang untuknya berbuat demikian, Yana tidak menoleh ke belakang.

"Kalau saya diberikan kuasa luar biasa dalam kehidupan sebenar, saya ingin menyumpah sesiapa yang menyakitkan hati saya menjadi emas. Boleh juga saya menggunakannya nanti," katanya disulam ketawa.

Siti Kelembai yang turut dilakonkan Eizlan Yusof dan Fizo Omar menemui penonton setiap Isnin hingga Khamis, jam 4.30 petang.

19 comments:

Mohd Shukri Fadzillah said...

long live siti kelembai

Wife Mr.Em~Ibu Mr.Aqil said...

Suka sgt tgk setiap kerektor yg yana bwk kan.. So cute.. Tak leh lupa dgn watak comel si LU'LU.. Gud luck yana.. Semoga lebih berjaya & berjaya menjaga nama yg baik dlm industri yg penuh cabaran ni.. Semoga Allah sentiasa memberkati & melindungi yana.. AmiN!!!

Yuna said...

Good luck Kak Yana.. Hehe

Yana Samsudin said...

Thanks Mohd Shukri Fadzillah,Wife Mr.Em~Ibu Mr.Aqil, dan Yuna. Yana akan buat yang terbaik di masa akan datang...

manggosteen said...

blakon kelakar2 lebih kiut..
ahahaha..

Qashilla*Yaya*Qash said...
This comment has been removed by the author.
Qashilla*Yaya*Qash said...

yana..love u2...comel2...congrate yeah..smoga sukses slalu....yana..buat la filem jenis kanak2 ala2 mcm magika...;))

nabilah_2908 said...

bagus...dari sehari ke sehari Yana semakin maju ke depan...

keep it up...good luck Yana...!!! :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
ALAHAI Z

nourul said...

hye kak yana..:)
kalo kak yana b'lakon watak sempoi n kelakar lg best.tgk bnyk kali pon xkan jemu taw macam cite lu'lu..bnyk kali kua kat astro pon nourul ttp tgk gak sbb best n nourul suke kak yana n abg farid acting..:D moge success foeve ye..:)

nurezzat said...

baru tau k.yana pengarah termuda ye.. kena pggil tuan director ni.. hehe.. u r the best actress in my heart.. first tgok k.yana berlakon trus tertarik.. comell plak tu.. =)

RedBerry said...

Hi Yana, I pernah tgk citer Lu'lu tu... now i baru tingat, that was u! Siti Kelembai ni mmg menjadi lah! I try not to miss any of the episodes. Tak sangka u jugak pengarah. All the best, Yana.

IzamMohamad said...

suka gile crita Siti Kelembai dan semua plakonnya

merah_s said...

Salam Yana, terus maju dlm lakonan, betul ker dah boleh jd pengarah ni? Bawa bersabar dulu la ya hehee..

Princess Mieril said...

hye kak yana,,
follow my blog back ok..
saya suka tengok kak yana
dalam siti kelembai,,
sooooooo cute,,

rohairy said...

minat kat siti kelembai...hahahaa....
kalo yana berlakon dlm citer kelakar mesti best...

Dhea_Lady said...

abis dah crita siti kelembai...

BLADE EDGE said...

salam yana..

just drop by..sorry to say, xsempat tgk citer siti kelembai sbb keje balik ptg..sempat tgk pun episod last skali..tu pun yg last 1/2 jam jer..

anyway good luck in your career and future undertaking...

adyzahdhi said...
This comment has been removed by the author.
honeyvsbee said...

tapi mcm kelakar..huhu