My photo
admin@yanasuperfriend.com Metrowealth International Group, No 20 Jalan PJS 5/28, PJCC Pusat Dagangan Petaling Jaya Selatan,46150 Selangor Malaysia

Tuesday, September 21, 2010

Siti Kelembai




Pada zahirnya, Siti Ratna dianugerahkan rupa paras yang cantik warisan ibundanya, namun, kecantikan itu tidak terserlah kerana dia seorang gadis yang sangat selekeh dan tidak pandai menjaga penampilannya. Sewaktu di dalam kelas, Siti Ratna sering hilang tumpuan kerana tatkala guru kelasnya sedang memberi pengajaran di hadapan, fikiran Siti Ratna akan melayang-layang entah ke mana dan seolah-olah dirinya berada di alam lain.

Di kolej, satu-satunya kawan rapat Siti Ratna adalah Moin yang agak lurus bendul dengan tabiat pelik dan sering menjadi mangsa buli rakan-rakan sekuliahnya. Menjelang hari lahirnya yang ke-21, atas bantuan kakak Moin, Masmona yang mempunyai sebuah salon kecantikan, Siti Ratna telah bertukar menjadi seorang gadis yang rupawan dan anggun!

Selain daripada menjadi bualan hangat dan pujaan hampir semua lelaki di kolejnya, secara tiba-tiba Siti Ratna telah dianugerahkan suatu kuasa sakti yang agak luar biasa pada malam sambutan hari lahirnya. Kuasa itu adalah satu kelebihan yang pada mulanya tidak disedari oleh Siti Ratna sendiri dan jika disalahgunakan atau tidak terkawal boleh menyebabkan suasana haru-biru.

Siti Ratna tidak boleh marah atau terdetik dalam hati memarahi sesiapa kerana boleh menyebabkan seluruh tubuh orang yang dimarahinya menjadi gatal. Pastinya peristiwa hari lahirnya itu telah menjadi titik permulaan kepada rungkaian hikayat Siti Kelembai. Dapatkah Siti Ratna menyesuaikan dirinya dengan kuasa sakti yang dimiliki? Apakah kaitan kelebihan dirinya dengan ibunya yang dipercayai mati selama ini tetapi sebenarnya masih hidup berkelana di hutan rimba?

Kredit kepada http://misssipptembam.blogspot.com/

21 comments:

asiah Fly said...

u look so sweet..
nice pix..
semoga berjaya dlm kerjaya yg yana tempuhi..amin..hhehehehe..


*i'm the 1st comment..hehehe..

Sheherazade said...

sempat menonton episode 1 semalam...comel2 hihi

Yana Samsudin said...

sekarang ni ulangan kat TV9 pk8.30-9.30mlm..

Yana Samsudin said...

tq Asiah.. Tq Peri Pia.. :)

kazisha said...

baru 1st time dapat tgk cerita ni tadi..sangat menarik ! konfem akan follow semua episod lepas ni :)

Liyana said...

tak sempat tengok kelembai ep 1..
semalam bru tengok, tapi dah ep 2...

tsk2.. kena tengok online la nampaknya.. btw,... nice la cerita..

arizWanmerahs said...

Salam.. Semoga awk jaya dlm apa jua bidang yg d ceburi.. Dgn prwatakan yg baik n menarik..

Bee said...

Yana. .email kat sy gambo ni leh? Nak tayang kat blog. .hehe. .reply kat cbox eh. .

mr.curly said...

seyes minat dgn stail lu .. cumel lak tu.. cam wa gak la.. hehe

rutikeben said...

semoga berjaya dengan siti kelembai

RinnAzrinah said...

siti kelembai mmg best... awk mmg sporting gilerr laaa...

arizWanmerahs said...

Selamat Hari Lahir Yana... Semoga Panjang Umur, Murah Rezeki Dan berbahagia di samping keluarga tercinta..

CIK TOM said...

suka tgk cerita ni sebab siti kelembai tue comel..huhu..x miss lg dr episod 1 smpi skang :)

Unknown said...

sangat cantik! Trus jd my laptop wallpaper :)

yanmie said...

salam yana, wah2 sukelah dgn drama siti kelembai nie, mmg x pernah miss lg.

apa ye tajuk OST siti kelembai nie??

btw hepi belated besday ye..moga sukses selalu :)

www.yanmieonline.com

abg long said...

jgn marah2 rr...nanti ada yg jadi batu...hehehe..sukses to yana

Zue AnnaLeeya said...

mmg suke sgt citer siti kelembai... anak2 pon suke sgt.... siap diaorg belakon lagi main tembak2 pastu kuar batu... hehehehe!!!!

semoga yana terus sukses....

Ibram Al-Banjari said...

wahh, bangganya aku orang kampung jadi artis dan drama siti kelembai menjadi kegemaran anak-anak..syabas yana

RoyRMY - Rohairy said...

mmg best...... siti kelembai habis today...

Full With Joy said...

kak yana..
best la cite nie..
ske tgk akak berlakon..
comel jer..haha

Anonymous said...

kak yana cute macam rupe artis korea pn ade... :)